Rindu Famili n blog!!

Baru ku dapat on9 utk arini. Act currently ade kat tmpt blaja da. Balik awal sbb atas urusan kolej. Hehe. Poyo je. Act, ak join satu kelab ni. Kiteorg wat pkampungan kat sini bbrp hari b4 naik sem baru. Waa, Takutnye sem baru dah nak naik jus bpe hari je. Padehal result tak kuar2 pun. Kawan2! Please cheer me up sbb result. Takut ni. Kalo repeat??cne? Adakah ak mampu utk terus kuatkan smgt utk ke depan. Acece. Ya Allah, berikanlah hambamu yg hina ini utk btahan.

Tibe2 tochin plak bile kene balik awal ni. Adeh, rindunyer kat famili, padahal baru je sehari ak tinggalkan umahku syurgaku. Nway, there always be a silver lining. Hehhe

p/s : Kalo nk beri tips n motivasi mmg dialu2kan. Love u all.

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Saya Blogger PERAK!

Tsergam megah lambang Perak, Akulah Blogger Perak! Waa. Masa blogwalking di BPM ini, ada segmen yang Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri. Memang tertarik utk join sekali. Semangat negeri katakan. Yeop kejor Yeop! Perak la teman ni.

Memang senang dan mudah utk jin segmen ni dan hanya mengikut syarat2 yg telah diberitahu. Untuk lebih lanjut, silalah ke SINI


Nama saya Fiqah, Aimi, Along


Status Single ^^ Anak Sulung aka Kak Yong


Bagaimana nak contact saya? Facebook Klik Ni


Twitter aimifiqa


Daerah yg teman ginap sekarang ni kat Kuala Kangsar "The Royal Town"

Tempat kediaman yg teratak megah di sebuah Taman yg dinamakan "Taman Impiana" Utk tau lebih lanjut sila ke blog INI




Apa yang menarik di Kuala Kangsar? Kuala Kangsar dikenal sbg Bandar Diraja dan org kampung panggil 'The Royal Town'. Memang tesergam indah bak nama yg dipikul. Banyak tempat dan benda yang menarik disini. Jom kite terjah~

Istana Kenangan


Dibina hanya kayu semata-mata tanpa mgunakn paku. Rekaan bdasarkan sarung pedang

Masjid Ubudiah

Masjid yang terindah di Malaysia dan merupakan simbolik kepercayaan dan kebanggaan bg umat Islam


Clock Tower Kuala Kangsar



Labu Sayong


Merupakan simbol bg seni kraftangan yg dipopularkan di Kuala Kangsar. Dicipta dan direka dgn pelbagai bentuk dan hiasan

Laksa Kuala


Kalo pergi ke Kuala Kangsar, x sah kalo x pekena laksa Pak Ngah yg feymes tu. Memang sgt sdap!! Sambil makan laksa mestilah ade pelengkapnyer cendol. Sedaapnyer!



Kuala Kangsar alway in my heart.

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Weekend Yang Menyeronokkan!

Assalamualaikum. Nak story psal weekend yg lalu hari Sabtu hari tu, agak lama masa blalu, tak sempat nak post ttg ni. Haa pic kat atas ni gmbr halaman kampungku. Yang kini hanya tinggal rumah saje. (Adik yang sedang bergayut)

Aktiviti yang kiteorg lakukan ari tu menebang pokok teh kat depan rumah. Sangat tinggi woo. Memang perlu tenaga yg byk buat. Guna gunting yg besar tu.

tengok dah clear sket. Tadi punyelah tinggi bebenor. Skrang nak nmpk cantik.



Adik pun tlg sekali ^^
It's me


My mom ^^


Lepas potong2 pokok teh tu, kami bakar lebihan pokok yg dipotong.


Open burning occur. Hehe.

Last pic ni sempat di'snap' ats karenah adik yg x masuk akal merentasi sempadan bukit berapi yg panas. Hehe.

So wondering weekend!! Luv it.








Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Im Addicted With This!


Sebenarnye sje je nk post. Terase lama x update. Ok2, skang nk share yg tgh addict giler kat game ni Cityville kat facebook tu. Da bosan sgt kan time cuti ni, mmg abis explore game kat fb tu. Tapi yg tlekat minat kat game tu la. adeh! Tapi mmg bestla. Syok! Sape lg yg main?? =P



Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

RM 16 ?


Sebenarnye tak de idea nk tulis entri ape ni. Oh! Mesti pelik kan ape la kene mengena dengan entri yang bernilai rm16. Kat sini sje je nak share ngn semua. Pasal gmbr duit ni. Act nk share gmbr ni je.

RM1 + RM 5 + RM 10 = RM 16.



Komen apa pendapat korang?

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

PERHATIAN SEMUA!!

Ini adalah amanat. Eh tak2. Setakat untuk berkongsi. Daripada Cik Ciku.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sebelas bersama Pihak Pengurusan Kolej Sebelas dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej-Kolej Kediaman dengan kerjasama Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) akan menganjurkan Hari Siswi 2011 sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 15-16 Januari 2011
Tempat: Sekitar Universiti Putra Malaysia dan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak bernam
Peserta: Semua warga Universiti Putra Malaysia dan orang luar

2. Untuk makluman tuan/puan objektif utama program ini diadakan adalah untuk:

a. Menggalakkan peningkatan terhadap pengetahuan dalam keselamatan dan kesihatan secara berperingkat.
b. Menerapkan ciri-ciri ketrampilan, berpengetahuan dan kepimpinan dalam menempuhi dunia globalisasi diantara siswazah.
c. Menggalakkan penglibatan aktif siswi dalam aktiviti di luar kuliah.
d. Mengadakan hubungan jangka masa panjang diantara siswazah dan ibu-ibu tunggal bersama keluarga mereka.
e. Menyedarkan generasi-generasi muda tentang masalah sosial yang semakin berleluasa.




_________________________________________

this event open to all...sama-sama kita melakukan projek amal..
anda boleh derma darah..
anda boleh membeli sambil menderma..
booth untk bniaga masih dibuka utk tempahan..
ada mcam2 permainan..paintball..bla2..bla..
pertandingan..
artis melawat!!!
ceramah pun ada..

you can refer HERE


Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Moist Cake~ Yummy!

Hmm. Sedapnye tengok kek coklat moist atas ni. Lapar la pulak smbil nk post ni. Oh! Actually ini dari permintaan sorang rakan Cik Haiza, sje2 nak cube resepi mak saya ni. Mmg sedap. Nak cube? Ni resepi dy.

BAHAN A

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

BAHAN B

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN C

3 biji telur


HIASAN TOPPING

250g coklat masakan
1 sudu besar marjerin
130ml double/whipping cream
gula halus secukup rasa


PROCEDURE :

1. Masuk semua BAHAN A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan.

2.Putar BAHAN C hingga kembang, masukkan dalam BAHAN A dan kaup balikkan hingga rata.

3. Tepung gandu,, soda bikarbonat dan serbuk penaik dicampur dan diayak bersama, kemudian masukkan dalam BAHAN A + C tadi sedikit demi sedikit

4. Masukkan adunan di dalam acuan kek@loyang yang dilapiskan dengan keranjang aluminium dan kukus selama 45-60 minit mgikut acuan.


CARA MASAK TOPPING :

1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler

2. Alihkan dari api dan masukkan marjerin, gula & krim kemudian gaulkan sehingga sebati.

3. Curahkan atas kek kemudian ratakan


Done! Da siap kek kita~ Selamat Mencuba!

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

10 AJAIB DUNIA!

Fuh! Da lame x update. Ok kali ni nak share dengan anda semua tentang 10 AJAIB DUNIA!. Haa! Dgr pun mcm ape je kan. Tkejut jugak dan kagum dengan keajaiban ini semua. Dan menyebabkan saya terbuka utk mbuat entri ini. Jom kita layan~




PERTAMA : Dry Valleys - Antartika Dry

Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak jauh jadi pemandangan di Mars. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temukan di Antartika, dan sama sekali tidak mendapat salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Kadang-kala di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah danau ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih ajaib lagi, ternyata di dalam air tersebut ada makhluk hidup yang boleh hidup!



Wow! Sungguh kagum!






KEDUA : Socotra Island - Lautan Hindi


Pemandangan Pulau Socotra yang sudah terpisah dari benua terdekat, benua Afrika selama 6 atau 7 Juta tahun ini, sangat unik. Apalagi di pulau ini terdapat 700 flora spesies flora dan fauna paling jarang ditemui di dunia.


Tapi jangan berharap boleh tinggal, iklim dipulau ini sangat keras, panas, dan kering sangat. Pantai di pulau ini banyak sekali terdapat gua, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7 km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525 meter, dan bahkan beberapa tanaman usianya mencapai 20 juta tahun.



Unik!




KETIGA : Rio Tinto - Sepanyol


Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah dan aneh, sehingga pemandangan yang ada semakin mirip dengan bulan. Pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada, bahkan sampai semua penduduk desa di dekat tambang tersebut harus dipindahkan ke kota terdekat. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.




WOW!






KEEMPAT : Klikuk, the Spotted Lake - Kanada

Pada saat musim panas, air di danau ini, berwap dan meninggalkan mineral yang ada mengkristal, dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangi rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk merawat anggota mereka yang terluka.






KELIMA : Salar de Uyuni - Bolivia


Tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dan dataran geyser, dengan berbagai fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.


AWESOME!











KEENAM : Vale da Lua - Brazil

Tempat ini adalah Lembah Bulan, yang merupakan lembah batu yang terkikis air, dan meninggalkan banyak 'kolam renang alami'. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal















KETUJUH : Blood Pond Hot Spring - Jepun


Mata Air Panas Kolam Darah, adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas alami yang muncul ditempat ini sangat indah, tapi mungkin tidak untuk mandi. 'Neraka kolam darah' ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan besi di dalamnya


SUPERB!












KELAPAN : The Stone Forest - China


Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya dibaca Shilin, adalah batuan alami yang dibentuk dari air yang terus menerus menggelegak menerpa permukaan dan mengikis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang alami. Daerah ini ternyata dikenal semenjak dinasti Ming dan dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Pertama'















KESEMBILAN : The Richat Structure - Mauritania


Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) sampai dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para ilmuwan



SUBHANALLAH!













KESEPULUH : Eisriesenwelt Ice Caves - Austria


Gua Ais ini berbeza sekali dengan gua biasa. Begitu anda masuk, panahan cahaya yang ada akan membuat anda merasa tidak sedang berada dalam planet ini, tapi sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan dapat mencapai panjang 40km.













P/S : Sungguh indah ciptaanNYA. SUBHANALLAH! Rasa macam nak explore je semua ni.

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...