Kali ni nak share psal senyum, smile. n wateva la. Jom~
Senyum tika anda kecil lagi....
Hinggalah ke dewasa..Still senyum..
Even beauty faded, But look happy bcz smile ^^
Tak kira apa pun berlaku, ukirlah senyuman di wajahmu..
KEBAIKAN SENYUMAN -sumber cik Google-
Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
Penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
Senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
senyum..
ReplyDeletetak perlu kata apa-apa..
hahahahahah
snyum.. =)
ReplyDeletetula bak lagu senyum tu la. senyum takde penyakit, ape ntah. hehe. =)
ReplyDeleteaku selalu senyum kat ko..wakakakaka...
ReplyDelete;)
@ amir : yeke? haha. wat2 x nampak je kut =P
ReplyDeletehaha.. i'm smiling skunk fiqa.. keh3
ReplyDeletesengih bole?? =D
ReplyDeleteSMILEEEEEE :) Comel betul entry awk~ creative sangat...YAY! and yeah, informative entry as well :D
ReplyDelete^__________________________________^
ReplyDeletehehe
salam.. hai fiqa.. kte ada tag utk awk ne.. jom tgk..^__^
ReplyDelete