“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar” Al-Ankabut 29 : 45
“Solat yang lengkap lima kali sehari semalam, memahami makna bacaan, rukuk dengan betul serta melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir akan mendapat komposisi tubuh yang baik." -Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim-
Dan ada yang mengatakan bahawa kebanyakkan kajian seperti berikut :
“Memberi salam ke kanan dan ke kiri adalah amalan baik bagi menyelesaikan masalah kerapuhan tulang tengkuk,” katanya. Bagi Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, solat yang dilaksanakan lima kali sehari cukup dijadikan asas senaman rutin. “Solat boleh dianggap senaman fizikal yang istimewa kerana di dalamnya mengandungi pergerakan yang menyamai senaman regangan otot.
“Ia memberi kesan positif terhadap psikologi, tulang otot dan serebral. Semasa bersolat, otot dan sendi turut bergerak,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penyelidik, Ng Siew Cheok menyifatkan ibadah solat yang dilakukan seorang Muslim menghasilkan keadaan otak yang tenang.
Kajian membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih selain melancarkan pengaliran darah.
“Keadaan itu dicapai sebelum seorang itu bergerak untuk sujud. Selain itu, solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang. “Ketika toma’ninah (berhenti seketika) di dalam solat adalah waktu seseorang itu dijangkakan akan berada dalam keadaan tenang. Justeru, setiap perbuatan dalam solat perlu dilakukan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa,”
Sumber : Artikel Web
p/s : Sempena ramadhan ni, kalau dah letih dan tak bermaya, maka bersolatla kita untuk mendapat energy balik dan juga berganda pahala di bulan puasa ini. Lakukanlah solat dengan tenang. Sungguhnya solat itu tiang agama
sokong entry kamu yg nie :)
ReplyDeleteslmt pose kmo :)
@teh tarik selamat pose gak. hihi
ReplyDeletebetol2..
ReplyDeletelepas solat, rase fresh.
:D
salam ramadan.
@saya_arief btul2. salam ramadhan juge
ReplyDeletenice info aimi !!! terima kasih
ReplyDeletethanks aimi..:) sgt berguna sbg peringatan bersama.
ReplyDelete@iPaihehe. welcome :)
ReplyDelete@Abang Stalker yup.. mmg mengingatkan diri sendiri sekali.