Sertailah Konsert Kenangan Sudirman.

Sudah 20 tahun beliau meninggalkan kami, namun penghargaan beliau di sanjungi di Konsert Kenangan Sudirman pada 3 Jun 2012 #AkuSudirman


rama dan Lagu, tidak dapat dipisahkan. Begitu juga Sudirman dan Malaysia.

Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.

Sempena kempen AKUASUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan.

Sertai kami di dalam Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012.


campaign image

Klik gambar ini untuk join. :)

Perbezaan = Different.





Inilah dikatakan sifat lumrah manusia yang sangat menilai perbezaan dan kedudukan seseorang. Tak kira sama ada melalui IQ, kekayaan dan personaliti. Mungkin kita semua tak dilahirkan untuk mempunyai satu sifat atau perangai yang sama bagi setiap insan. Tapi kita dikurniakan HATI dan peranannya untuk memahami keadaan seseorang atau mentafsir seseorang. (put oneself in else's shoes). Macam itulah kan.

Bukan apa, selalunya sebagai seorang pelajar even kolej, matrik atau pun universiti. Kita akan memilih kawan yang sama darjat atau 'LEVEL' supaya kononnya lebih MATCH atau SETIMPAL (senang kata sekepala la). Kawan itu memang boleh pilih, tapi kita kene juga NEAUTRALkan sifat kawan kita itu dengan berkawan dengan semua orang. Ini tak. Jumpa orang yang tak suka, sanggup lari 100 meter untuk menjauhkan diri daripada si 'DIA' itu.

Dari segi pelajaran pula, selalu situasi ini sering berlaku, dalam satu kelas akan wujud satu suasana di mana ada level - PANDAI, MEDIUM, KURENG. Biasanya yang pandai ini akan merasa GAH dengan bakat semulajadinya yang pandai. Tetapi sesetengah yg pandai ini, sering mempunyai sifat 'kedekut ilmu'. Apa kata, korang yang pandai2 ni kongsi ilmu dan takpun mengajar atau beri tips kepada org yang MEDIUM dan KURENG ini tadi kan. Jika kawan atau seseorang memberi pandapat, jangan lah ditolak mentah-mentah, paling kurang pun dengarkah setiap idea yang dikeluarkan, manalah tau idea itu bernas dan memberi kesan yang baik kepada kita. Ini tak, belum habis cakap je, laju je ko tolak idea si MEDIUM dan KURENG. (malangnya jadi golongan ini).

Ini pengalaman dan pendapat saya dalam situasi ini. Anda bagaimana? Selalu tak hadapinya?