Perbezaan = Different.





Inilah dikatakan sifat lumrah manusia yang sangat menilai perbezaan dan kedudukan seseorang. Tak kira sama ada melalui IQ, kekayaan dan personaliti. Mungkin kita semua tak dilahirkan untuk mempunyai satu sifat atau perangai yang sama bagi setiap insan. Tapi kita dikurniakan HATI dan peranannya untuk memahami keadaan seseorang atau mentafsir seseorang. (put oneself in else's shoes). Macam itulah kan.

Bukan apa, selalunya sebagai seorang pelajar even kolej, matrik atau pun universiti. Kita akan memilih kawan yang sama darjat atau 'LEVEL' supaya kononnya lebih MATCH atau SETIMPAL (senang kata sekepala la). Kawan itu memang boleh pilih, tapi kita kene juga NEAUTRALkan sifat kawan kita itu dengan berkawan dengan semua orang. Ini tak. Jumpa orang yang tak suka, sanggup lari 100 meter untuk menjauhkan diri daripada si 'DIA' itu.

Dari segi pelajaran pula, selalu situasi ini sering berlaku, dalam satu kelas akan wujud satu suasana di mana ada level - PANDAI, MEDIUM, KURENG. Biasanya yang pandai ini akan merasa GAH dengan bakat semulajadinya yang pandai. Tetapi sesetengah yg pandai ini, sering mempunyai sifat 'kedekut ilmu'. Apa kata, korang yang pandai2 ni kongsi ilmu dan takpun mengajar atau beri tips kepada org yang MEDIUM dan KURENG ini tadi kan. Jika kawan atau seseorang memberi pandapat, jangan lah ditolak mentah-mentah, paling kurang pun dengarkah setiap idea yang dikeluarkan, manalah tau idea itu bernas dan memberi kesan yang baik kepada kita. Ini tak, belum habis cakap je, laju je ko tolak idea si MEDIUM dan KURENG. (malangnya jadi golongan ini).

Ini pengalaman dan pendapat saya dalam situasi ini. Anda bagaimana? Selalu tak hadapinya?

2 comments:

  1. Tawu xpa.. sungguh malang jadi student yang medium n kurang macam zwan ni.. HUHU

    ReplyDelete
  2. @ZWAN SABRI hey long time no see, btul kan. sedih sgt. tapi dilayan sebegitu. apelah nasib jadi org camni kan. T.T

    ReplyDelete