Showing posts with label Belagak. Show all posts
Showing posts with label Belagak. Show all posts

Jangan Belagak Boleh?

   Assalamualaikum pembuka bicara,
Bermesra-mesraan dengan orang lama;
   Di sini hamba ingin bicara,
Pasal tak puas hati yang terbeku lama,

Cewah, berpantun pula pagi-pagi buta ini. Ok. Di sini akan ku cerita in mengenai satu situasi mungkin anda juga mengalami perkara tersebut. Di bawah ini ada satu skrip lakonan direktor Aimifiqa (aku la tu). Takdela doodle free hand je. Buruk bebenor. But ada mesej nak disampaikan di sini.

Mungkin dalam persoalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara, kita akan merujuk kepada yang lebih pakar dan tahu mengenai sesuatu perkara tersebut. Kita akan mencari orang yang hebat la dalam bidang ini. Tapi ada sesetengah pihak yang mempunyai sikap yang tak boleh terima dan dipakai dengan alasan yang tak munasabah (mcm kat atas tu).

Berdasarkan pengalaman sendiri, diriku bukan pakar dalam bidang yang ku belajar ini. Cuma sudah lama ditinggalkan dan rasa macam beku semacam je bila nak fikir. Yela, otak bio ke otak fizik. Tak ke payah. Tapi  aku cuma sedaya upaya berusaha untuk terus berjaya dalam bidang ku sekarang. Tetapi....

Si A : "Awak, nak tanya soalan boleh tak? Tak fahamla sangat bab ni."
Si B : "Boleh. Mai jap nak tengok soalan"
Si A pun bagi la kertas soalan untuk dijawab.
Si B : " Hai, takkan la benda simple ni pun ko tak faham. Senang je la. Kacang tu."
Si A : "Sebab aku tak tahula aku tanya ko. (Adeh)"
Si B : "Benda ni ko tengok jela kan buku tu. Ade je."

Aku pun ucapla terima kasih atas bantuan beliau tu. Sebab aku tak faham la aku rujuk kat kau. Kalo buku tu, dah berkali-kali khatam pun aku tak faham la. 

Sejauh mana golongan pintar yang mahu membangkitkan kaum sendiri kalau dah perangai cam gini. At least, tunjuk la ajar sikit. Ilmu di dada memang la dipekong, tapi janganlah ditakung begitu saja. Tak kongsi ilmu yang telah dipelajari. Apa salahnya kalau ajarkan kepada yang tak seberapa faham. Bukan dapat dosa, malah anda juga dapat pahala, malah jika ilmu yang anda ajari dan org yang ajari itu amalkan, bukan kah itu satu pahala dan kebaikan kepada dirinya sendiri. Kalau macam ni cara, bukan setakat 'down' terus, malah memang down habis kalau mcm ini lah dilayan.

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." Al Kahfi 109


Ilmu Allah infiniti dan kita perlu berkongsi. Janganlah kedekut sangat dengan ilmu yang ada. Berkongsi lebih baik. Jangan bongkak sangatla. Kalau Allah tarik balik anda punya nikmat, baru terasa tinggi rendah langit dan bumi.

p/s : So kepada yang pandai janganlah anda jual ikan sangat la ye. Tak kemana ilmu tu kalau tak disebarkan. :) 


Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...