"100 Crew Reborn!!"


Tak tahu sempat masuk dlam list ke tak. 50 org je yang diperlukan. Tapi nak juga dalam list. hihi

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Selamat Berbuka!

Assalamualaikum~

Excited nak buka ni. (macam budak-budak plak). Eh ade lagi 30 minit la. Selamat berbuka ye semua. Alhamdullillah, kita dapat laksana Puasa pertama dalam tahun ini. InsyaAllah. 

Nak berbuka tu jangan lupa baca doa ni.

doa+berbuka+puasa.jpg (479×217)

Berbukalah dengan makanan yang manis. Seperti kurma

kurma.jpg (250×238)


Dan jangalah lebih2 makan ye. Jap lagi nak terawih susah plak. Jangan lah macam ni hidang makanan.

juadah+buka+puasa.jpg (500×376)
Mak aih. Sedaaap nye. Kalau mcm ni. Pengsan lepas makan. Tak boleh nak bangun terus.

p/s : Selamat Berbuka. 


Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Recharge Energy With Solat.




“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar” Al-Ankabut 29 : 45



“Solat yang lengkap lima kali sehari semalam, memahami makna bacaan, rukuk dengan betul serta melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir akan mendapat komposisi tubuh yang baik." -Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim-



Dan ada yang mengatakan bahawa kebanyakkan kajian seperti berikut :


 “Memberi salam ke kanan dan ke kiri adalah amalan baik bagi menyelesaikan masalah kerapuhan tulang tengkuk,” katanya. Bagi Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, solat yang dilaksanakan lima kali sehari cukup dijadikan asas senaman rutin. “Solat boleh dianggap senaman fizikal yang istimewa kerana di dalamnya mengandungi pergerakan yang menyamai senaman regangan otot.
 
“Ia memberi kesan positif terhadap psikologi, tulang otot dan serebral. Semasa bersolat, otot dan sendi turut bergerak,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penyelidik, Ng Siew Cheok menyifatkan ibadah solat yang dilakukan seorang Muslim menghasilkan keadaan otak yang tenang.
Kajian membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih selain melancarkan pengaliran darah.
“Keadaan itu dicapai sebelum seorang itu bergerak untuk sujud. Selain itu, solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang. “Ketika toma’ninah (berhenti seketika) di dalam solat adalah waktu seseorang itu dijangkakan akan berada dalam keadaan tenang. Justeru, setiap perbuatan dalam solat perlu dilakukan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa,”

Sumber : Artikel Web

p/s : Sempena ramadhan ni, kalau dah letih dan tak bermaya, maka bersolatla kita untuk mendapat energy balik dan juga berganda pahala di bulan puasa ini. Lakukanlah solat dengan tenang. Sungguhnya solat itu tiang agama

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...