Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Alhamdulillah~

First time bekerja di bulan ramadhan dan hari ni pertama bekerja. Alhamdulillah dapat laksanakannya. Fuh, memang penat dan mencabar. Maklumla buat kuih kan, rasa mcam nak ngap je kuih tu. nasib baik puasa. Tak kira lagi dahaga dan letih, nasib baik bulan ramadhan, so sabar tu ada untuk segala-galanya. Hari ini telah berjaya membuat satu kotak besar kuih raya yang dalam tu ade bekas yang 50 biji biskut tart nenas. 

Alhamdulillah~ Esok ade lagi. Buat cream puff kalau ade masa lebih. hihi

p/s : Penat nak tulis panjang2. Pendek je la ye. 

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Selamat Berbuka!

Assalamualaikum~

Excited nak buka ni. (macam budak-budak plak). Eh ade lagi 30 minit la. Selamat berbuka ye semua. Alhamdullillah, kita dapat laksana Puasa pertama dalam tahun ini. InsyaAllah. 

Nak berbuka tu jangan lupa baca doa ni.

doa+berbuka+puasa.jpg (479×217)

Berbukalah dengan makanan yang manis. Seperti kurma

kurma.jpg (250×238)


Dan jangalah lebih2 makan ye. Jap lagi nak terawih susah plak. Jangan lah macam ni hidang makanan.

juadah+buka+puasa.jpg (500×376)
Mak aih. Sedaaap nye. Kalau mcm ni. Pengsan lepas makan. Tak boleh nak bangun terus.

p/s : Selamat Berbuka. 


Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan





"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

Alhamdulillah, Ramadan kini kembali lagi dengan suasana yang baru dan bahagia sebab kita dapat bertemu dengannya. Ramadhan yang dirindui dan disayangi.  Masing-masing mesti sudah persiapkan diri untuk melakukan ibadah puasa untuk mendapat barakah dan ganjaran pahala yang tak terhingga di bulan yang penuh mulia ini.

Tapi kita mestilah ikhlas dalam melakukan ibadah puasa. Bukan sahaja, seronok untuk menanti juadah-juadah yang akan dijual di bazaar ramadan. Maklumla, bila time ni banyak makanan akan dijual dan nafsu beli makanan memang tinggi. Padahal, bila berbuka puasa, sentuh sedikit je. Membazir je makanan. Ghairah menanti moreh2 yang akan dihidangkan di surau dan masjid. Pasal makanan je semua serbu kan. Asal bulan puasa je, terlintas makanan yang sangat banyak. Opss. bhenti di situ, Jika inilah, maka betulkanlah niat anda. 

Untuk mendapat kemanisan ramadhan, kita perlulah....

1. Menjaga perkara wajib dan fardhu.
2. Banyakkan amalan sunat.
3. Jaga dirimu dari perbuatan haram
4. Elakkan daripada perkara makhruh.
5. Ringankanlah mulut dengan zikrullah.
6. Memperbanyakkan amal ibadah.

Moga kite beroleh barakah dan kemanisan ramadhan nanti. Moge ramadhan kali ini membawa 1001 makna kepada diri kita untuk memperbaiki amalan kita di bulan penuh barakah ini. 

Tahun ini, paling bahagia dapat sambut di rumah selama 30 hari. Maklumla sebelum ini banyak diluangkan dalam sekolah dan universiti. Bersyukur sangat dan rasa seronok untuk berpuasa sebab dapat puasa bersama-sama famili.

Nota kaki : Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak. Dan beroleh syafaat dan membawa 1001 makna kepada kita. 



Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...