SELAMAT HARI RAYA!!



Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari sekiranya ada tersalah silap, "ter"kata, "ter"gumpat, "ter"singgung, "ter"kutuk dan semua yang "ter" la. Maaf Zahir dan batin. Moga aidilfitri ini membawa seribu satu makna kepada kita dan moge dpt ditambahkan iman dan taqwa sempena raya ni.

kongsi sedikit info dari Iluvislam.com.

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad SAW Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

SALAM AIDILFIRI SEMUA !! MAAF ZAHIR DAN BATIN

Blogger Templates



Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

0 Cakap Saya Jadi Engineer:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...