Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Salam Aidiladha

Assalamualaikum, agak lambat utk ucapkan? Hehe. 


'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya 
Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.




Selamat HAri Raya Aidiladha.

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Kad Raya Multimedia Untuk Semua




Kad Raya khas untuk follower dan pembaca blog Aimifiqa ini. Ada juga diberi kad raya tapi disebabkan tak banyak beli kad raya, so dengan rajinnya megedit guna kedai buku ini. Mperah kepala otak nak design cane. Dgn simple terkeluarla kad raya di atas nun. 

Raya berapa hari lagi, Semua di perantauan juga sudah sibuk pulang ke kampung halaman. Suasana di rumah pun makin meriah dan happening. Rasa seronok sangat. Bertambah lagi kumandang kagu2 raya.

Kepada semua yang membaca entri ini, ambil la kad raya yang huduh ini. Tapi ikhals di hati

  • Semoga tahun Hijrah 1432 dan seterusnya membawa seribu rahmat buat kita
  • Semoga kita diberkati selalu
  • Moga panjang umur dan murah rezeki
  • Jangan makan banyak2 waktu raya nanti
  • Klau korang baik hati, dermalah duit raya kat saya jua
  • Moga bahagia & berjaya dunia dan akhirat

Wish awal sebab mesti ramai balik kampung esok kan? Moge perjalanan anda selamat sampai dan pulang. *jeles dapat balik kampung. 


"Selamat Hari Raya Aidilfitri"


p/s : Awalnya wish. Tengs kepada semua. :)



Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Raya-raya!

Raya ni memang sibuk dengan beraya dan majlis tunang dan kawen. Memang tak sempat nak sentuh blog ini. Sempat jenguk je. Lepas dah lama x update mula malas nk menaip ni. So kali ini entri ringkas dan padat je sepanjang raya ke 5

Raya ke-2
Memandang kan kedua-dua belah mak dan ayah sudah tiada nek dan atok. #Al-Fatihah. hari kedua biasenya kami dua keluarga berjalan-jalan sekitar Cheh, Kati menziarah keluarga terdekat.

2 famili

Cucu Arwah Tok Pie dan Pah Hasnah

Raya ke-3 
Paling bosan sebab duk kat umah memanjang. Menunggu orang dtang beraya. Bukan ape, sepatutnya dah beraya sakan, tapi jiran tetangga, ada majlis akad nikah. So kami tolong la apa yang patut. #Macam tak ikhlas je. Tapi ikhlas ni

Raya ke-4
Tunggu di rumah juga. Hari ini kami sekeluarga ke kedai gambar untuk snap pic dgn baju raya secara officially. Tak sabar nak tunggu.Malam ada bacaan tahlil di rumah pak cik sedara.

Raya ke-5
Banyak open house hari ini. Maafla tak dpat nk datang, sebab hari ini 2 kenduri kawen nak kena pegi. Memang kelam kabut dibuatnya. Sapa nak datang beraya rumah, mmg terbantutla. Sebab takde kat rumah

p.s : Memang pendek je. Sebab malas nak taip. Lagi satu mmg bukan kaki photo. Mmg takde gambar la. 


Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Raya-raya! | Hari Pertama

Waaa. Memang raya sakan habisla kan. Mesti meriah di pagi raya  Semua orang balik kampung dan merayakan hari yang mulia ini. Yang paling best dapat duit ghaye. Memang mashyuk. Memang best, yela sebab dah tua matang ni, dah masuk 20-an. Tak sangka dapat juga duit. Hihi

Jom layan gambar2. Sikit je.


Sesi bermaafan-maafan. *gmbr aku je

Turn adik-adik plak. 

Adik lagi

Selepas tradisi bersalam-salaman dan bermaafan, maka akan dapat lah duit raya.

Last but not least, gmbar gua.

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Template Raya

Assalamualaikum~

Waa. mesti dah ramai yang sekarang ni berada di kampung. Siap bermain-main mercun. Berseloroh dengan saudara-mara. Oh Rindunya waktu ini. Tapi tak dapat dirasai sekarang. Kad raya utk korang semua. SINI

Sapa perasan yang template blog dah bertukar?

Semangat raya telah datang, maka blog ini pun nak jugak baju template raya. Sebenarnya, tema blog kali ini lebih kurang dengan baju raya kali ini. Bertemakan bunga ala japanese cotton ini. Memang sama la. # Semangat tak? Sampai header pun tukar sekali. Pink Gitu :D

Template vogue gitu :P


Template Raya :)


p/s : Amacam comel tak? :P

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Ragam Bila Buat Kuih Raya

ok takde kaitan dengan gambar

Setiap tahun mesti terjadi macam ini. Rasanya mesti kamu semua pun sama situasti sebegini.  

Kalau nak buat kuih raya tu, mesti ramai-ramai sibuk menyibukkan diri dalam nak tolong buat kuih raya. Memang semak dan penuhla dapur. Ada yang nak pukul telur la, Ayak tepung, Kacau adunan *versi manual, Potong dadu kacang2. Buat tempek kuih nak bentukkan. Memang serabutla. Semua nak tolongkan. Yela ramai-ramai tolong cepat sikit kerja nak setel. 

Tapi.....sekejap je itu. Untuk 10 minit yang pertama.

Last....

Aku dan emak je yang setia menunggu untuk kuih raya ni siap. 

Saya jela penunggu setia kekasih setia oven. 



Adios. Update sementara tggu kuih masak. *kalau hangit naye je


Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Yeah! Dapat Kad Raya~


Kad raya dari Blogger. Thanks Penyu dan Oshin :)

Sebenarnya semalam dah dapat kad raya, cuma hari ni je baru ada masa nak update. Seronok sngat dapat kad raya. Memang tergamit memori la. Lagipun kad raya ini sudak dilupa dek zaman. Memang sudah tandus dan tidak dikenali dalam dunia ni sekarang. Teknologi makin canggih, so kad raya ni memang dilupakan. 

Penganti diri kalau dulu kad raya kan.. SEKARANG..

SMS takpun MMS

SMS. 1 sen per mesej


Tapi SEKARANG.. lagila..Di facebook je

Gambar di ats mengetag orang yg dikehendaki. Simple. Dan free je


p/s : Sape nak kad raya? Ade free lagi 4-5 kad. Email me. aimifiqa@yahoo.com. 5 terawal akan dapat.



Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...