Kisah Roti Dan Kek - PART 2

Sebelum ini kisah Part 1. Sekarang kita sambung cerita di hari kedua aku berkursus. Hari ini sesi paling best dan yang dinanti-nantikan. Belajar cara membuat kek dan biskut. Tapi hari ini mood macam tak berapa ada je nak belajar sebab mengantuk punya pasal.  So. kali ini banyak gmbar je la. Tapi tak banyak pun. Sekadar hanya kenangan yang indah untuk dikenangi.

Tahu tak apa yang belajar hari ini.

 Kek Lapis Sarawak (Puncak Kaseh) 

Testimoni : Serius sedap dan puas hati dgn hasil tangan sendiri. Paling payah sekali dalam pemprosesannya. Sebab tula kek ni mahal jual. Renyah woo.

 American Cheese Cake 

Testimoni : Sedap. Memang macam secret recipe la. Payah jug muji enga buat kek ni. Bab ni memang menguji kesabaran.

 Chocolate Mousse 

Testimoni : First dgr, aku pun tak tahu ape benda ni. Cara buat macam buat dadih je. Sekali rase, fulamak, sedaaap sangat. Tahu tak yang antara lapisan secret recipe, chocolate indulgence yang mcm aiskerim tu. Ha, yang inilah nama dia. Impress sungguh :)

 Tart Nenas

Simple and seronok. Bila makan kuih ni, mak aih susah benor nak buat. Bila buat senang je. Tapi aku tak berapa sukala tart ni.

Sorila gambar besar2. Baru puas. :)
Ini adunan yang telah dibahagikan kepada 3 untuk membuat lapisan Kek Lapis Sarawak. Memang menguji kesabaran. Bayangkanlah setiap layer kene tunggu dalam masa 10 minit. Kalo 10 lapis?

Time ni bila satu lapis dah siap dibakar. Kita akan letak layer lain. But time ni, kita akan bagi pressure sikit terhadap layer tersebut untuk merapatkan ukhuwah antara ahli kek. *merapu



Chocolate Mousse yang telah siap digaulkan dan tuang ke dalam bekas untuk dimasukkan dalam chiller. *tak payah bakar pun. Simple je.


Inilah Kek Lapis Sarawak kami. Cantik kan2?

Ini pula Cheese Cake kami. Yang bawah tu biskut marie layer.

Barisan yang menjayakan kursus. Yang ats meja tu semua hasil tangan kami bersama-sama.

Cream Puff yang Part 1 tak siap yang telah di make up dan memang delicious.

Pemprosesan membuat tart nenas. Cara menggulung tart tersebut.

Kasi make up ni sama tart bagi molek sikit.

Pic kenangan bersama kami. Yang berbaju putih tu adalah tenaga pengajar kami dan mereka adalah husband and wife. Memang terbaik la. Dan akhirnya ada jugak gmbar aku di situ. *ada sinar keimanan di belakang tu :)

p/s : Pengalaman 2 hari ini memang menyeronokkan dan beri banyak pengetahuan. Thanks for these great time :)

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

11 Cakap Saya Jadi Engineer:

Ronaldmohoni said...

saya gemar kek lapis sarawak. terbaik

ZWAN SABRI said...

Aimi, tringinla nak makan kek lapis sarawak ngan american cheese cake tuu.. aimi tolong bwatkan utk zwan bole? HEHE

MySuaraBlog: Kunyah Untuk Kurus

Aimifiqa said...

@Ronaldmohoni kek lapis sedap. suke sgt.

@ZWAN SABRI hihi. nak ke zwan? boleh2, tapi bhan dia mmg susah nk cari. ;p kalo buat utk zwan, ape salahnye. kene charge la. hihi

Innanie | Ariffin said...

peh dah boleh bukak bisnes ni. bagus manfaatkan masa cuti.

* bulan pose jangan songlap kek & roti pulak ye! hehehe

Ezay Hadry said...

best tu kek lapis sarawak..baru je makan sebab bapa sedara baru balik..umm tapi mahal jgak kan

farra8979 said...

wah bestnye blajar wat kek... ^__^

Aimifiqa said...

@Innanie | Ariffin hihi, ade peluang nak join, tu yg join tu.

@Ezay Hadry mmg mahal pun setaraf dgn cara nk buat nye.

@farra8979 mmg best. seronok2

iPai said...

wah cheese kek tuh macam sedap .. nyum2 .. lapo laa plak ..

Aimifiqa said...

@iPaimmg sedap mc secret recipe tu la. sedaaap~ tapi nk buat agak susahla. tapi dah ade basic okla kut nnt nk buat

Abang Stalker said...

wau..sdp nya. :)

ni raya mst kuih sdp2 ada ats meja. ;)

Aimifiqa said...

@Abang Stalker maybe. kalau buat pun. x sempat hidang. dah licin da. sebb mmg adik yang tara, dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...