Selamat Hari Lahir Kawan,


Hari ini 31 Julai 2011 merupakan hari lahirnya seorang kembar. Selamat Hari Lahir Amir Syafiq bin Yaacob. Act, salah satu kembar tu kawan seperjuangan di universiti.  Pendek je entri untuk ko amir.  Ambil lagu ini, aku kutip chipmunk tu suh nyanyi kat ko. Kalo ak nyanyi ke laut kang. 

Nah, teddy bear utk ko..


Ucapan :

-Semoga bahagia dunia dan akhirat.
-Murah rezeki selalu.
-Berjaya dunia dan akhirat.
-Moga keimananmu bertambah seiring usiamu~
-Happy Always.
-Moge kita berjaya dalam bidang yang kita ceburi ini ye.
-Thanks segala-gala


p/s : Dia ada blog. Seorang Pujangga. Jom ke blog Amir. SINI

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan





"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

Alhamdulillah, Ramadan kini kembali lagi dengan suasana yang baru dan bahagia sebab kita dapat bertemu dengannya. Ramadhan yang dirindui dan disayangi.  Masing-masing mesti sudah persiapkan diri untuk melakukan ibadah puasa untuk mendapat barakah dan ganjaran pahala yang tak terhingga di bulan yang penuh mulia ini.

Tapi kita mestilah ikhlas dalam melakukan ibadah puasa. Bukan sahaja, seronok untuk menanti juadah-juadah yang akan dijual di bazaar ramadan. Maklumla, bila time ni banyak makanan akan dijual dan nafsu beli makanan memang tinggi. Padahal, bila berbuka puasa, sentuh sedikit je. Membazir je makanan. Ghairah menanti moreh2 yang akan dihidangkan di surau dan masjid. Pasal makanan je semua serbu kan. Asal bulan puasa je, terlintas makanan yang sangat banyak. Opss. bhenti di situ, Jika inilah, maka betulkanlah niat anda. 

Untuk mendapat kemanisan ramadhan, kita perlulah....

1. Menjaga perkara wajib dan fardhu.
2. Banyakkan amalan sunat.
3. Jaga dirimu dari perbuatan haram
4. Elakkan daripada perkara makhruh.
5. Ringankanlah mulut dengan zikrullah.
6. Memperbanyakkan amal ibadah.

Moga kite beroleh barakah dan kemanisan ramadhan nanti. Moge ramadhan kali ini membawa 1001 makna kepada diri kita untuk memperbaiki amalan kita di bulan penuh barakah ini. 

Tahun ini, paling bahagia dapat sambut di rumah selama 30 hari. Maklumla sebelum ini banyak diluangkan dalam sekolah dan universiti. Bersyukur sangat dan rasa seronok untuk berpuasa sebab dapat puasa bersama-sama famili.

Nota kaki : Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak. Dan beroleh syafaat dan membawa 1001 makna kepada kita. 


5 Minit Buat Layered Hair

Punyalah nak potong rambut punya pasal. Pergi la research macam mana nak buat rambut layer. Yang semakin menjadi trend remaja sekarang, Aku pun ape lagi nak juga la ikut. Tapi hanya dijadikan tontonan sendiri la. Barulah rasa kepuasan. Idok ye? Jom tengok simple, easy, mudah (bukan sama je ke term dia) cara nak dapatkan layered hair. Pergh! Memang cool la omputih ni. 



Pastikan rambut anda basah ye untuk buat steps2 di bawah

Sikatkan rambut anda ke hadapan macam gambar di atas

Selepas dah sikat, ikat rambut anda bagi tersusun dan kemas

Getah yg diikat tu, turun ke bawah sikit ye, pastu ambil gunting untuk dijadikan hiasan di rambut potong 

Potong seperti gambar di bawah. Untuk menjadi rambut layer.

Gunakan lah hair dryer untuk melihat keputusannya


Siap! (front view)

Back view

Footprint : Maaf sebab seksi sikit perempuan ini. Moga berjaya dgn eksperimen di atas ye. Kalo nak rambut layer sendiri. Macam ni la ye. :)
Sumber : Youtube

Giveaway Duo by Duniaku & Hatisamronkin


Jom join Giveaway ini. Telah ditag oleh Cik Adik Manis Syiqa. Thanks ye tag. Dan akan ku laksanakan tanggungjawab ku ini. 

Syarat2 yang simple dan senang. :)

Tag :

p/s : Dua Date hari ini (31 July 2011)  sebelum 10 malam. Sapa nak join klik banner tu ye :)

Kuku & Personaliti Anda






Gambar sekadar hiasan :)

Assalamualaikum~ 
kali ini ingin berkongsi mengenai jenis-jenis kuku dan juga berkait rapat dengan personaliti kita. Jom check samada betul tak jenis kuku kita dan personaliti?


Kuku Berbentuk Sudu

Seorang yang mempunyai emosi yang sentiasa berubah. Kamu tak boleh membuat sebarang keputusan yang tepat dalam suatu masa kerana fikiran kamu mungkin akan berubah dalam sekelip mata. Ramai yang anggap kamu ini tidak tetap pendirian.

Kuku Tirus dan Runcing

Kamu cepat panik apabila berhadapan dengan situasi yang memberikan tekanan kepada kamu. Inilah antara punca kamu lebih suka berada di belakang tabir sahaja. But, kamu juga mempunyai keistimewaan , kamu petah bercakap berbanding kawan2 lain. Cuma bila depan ramai orang, sedikit kelam kabut.

Kuku Lebar

Kamu mempunyai personaliti yang menarik, Bukan itu sahaja, kamu juga mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Patutlah kamu sentiasa bersemangat dan ceria setiap kali kamu diberi tugasan oleh sesiapa pun. Kamu sukakan cabaran dan suatu yang lasak, Dikenali sebagai aketif dalam bidang akademik dan juga sukan.

Kuku Berbentuk Empat Segi

Kamu yang mempunyai kuku berbentuk empat segi ini juga mempunyai sikap yang telus dan suka berterus-terang. Kamu jujur dalam menjalinkan persahabatan supaya hubungan kamu dengan kawan-kawan lama.

Kuku panjang dan bujur

Selain menyukai sesuatu yang berkaitan dengan seni, kamu juga berfikiran dan terbuka. Kamu suka menerima idea dan pendapat daripada kawan-kawan. Kamu juga suka bekerjasama dengan semua orang dan tak lokek untuk berkongsi idea bernas kamu itu. Tak hairanlah diri kamu disukai ramai.

Kuku pendek dan lebar

Kamu mempunyai sikap yang suka berterus-terang. Kadang-kadang bukan niat kamu untuk mengkritik orang lain, teteapi itu adalah sikap semula jadi kamu, mungkin ada yang tersinggung dengan kamu namun kamu seorang yang baik hati. Kamu juga serius dalam perkara yang kamu lakukan.

Sumber : Majalah (tak ingt tajuk) :)

My 1st Buffered Earning

Alhamdulillah, tak penah2 dapat BE. Tiba-tiba dah ade hari ni. Sebenarnya kan. Tak tahula apa sebenar maksud BE ni. Dan masih tak faham2 sampai sekarang. Ape ntah. Haa. Sapa boleh terangkan? Silakan..
Serius bila baca artikel psal BE pun masih blur2. dan tak berapa faham. Last, wat dunno je la. 


p/s : Alhamdulillah. Takdela masyuk sgt. Thanks nuff :) iklan grapevine yang u-mobile tu. Pe lagi, klikla. 

Got Another Gift

Assalamualaikum~

Seronoknye! Pagi buka je blog, ade mesej yang sebegini

jeles tak? 

Ini yang semangat berblogging lagi. Sempene follower yang bertuah sebab menjadi follower dia yang ke-400. Blog yang best dan cantik woo. Jomlah ke Blog Kak Syakirah.

Sebelum ini juga dapat hadiah sebab menjadi follower yang bertuah.




p/s : Terima kasih semua sebab baik hati bagi gift kat saya. Moge murah rezeki selalu.


Jangan Belagak Boleh?

   Assalamualaikum pembuka bicara,
Bermesra-mesraan dengan orang lama;
   Di sini hamba ingin bicara,
Pasal tak puas hati yang terbeku lama,

Cewah, berpantun pula pagi-pagi buta ini. Ok. Di sini akan ku cerita in mengenai satu situasi mungkin anda juga mengalami perkara tersebut. Di bawah ini ada satu skrip lakonan direktor Aimifiqa (aku la tu). Takdela doodle free hand je. Buruk bebenor. But ada mesej nak disampaikan di sini.

Mungkin dalam persoalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara, kita akan merujuk kepada yang lebih pakar dan tahu mengenai sesuatu perkara tersebut. Kita akan mencari orang yang hebat la dalam bidang ini. Tapi ada sesetengah pihak yang mempunyai sikap yang tak boleh terima dan dipakai dengan alasan yang tak munasabah (mcm kat atas tu).

Berdasarkan pengalaman sendiri, diriku bukan pakar dalam bidang yang ku belajar ini. Cuma sudah lama ditinggalkan dan rasa macam beku semacam je bila nak fikir. Yela, otak bio ke otak fizik. Tak ke payah. Tapi  aku cuma sedaya upaya berusaha untuk terus berjaya dalam bidang ku sekarang. Tetapi....

Si A : "Awak, nak tanya soalan boleh tak? Tak fahamla sangat bab ni."
Si B : "Boleh. Mai jap nak tengok soalan"
Si A pun bagi la kertas soalan untuk dijawab.
Si B : " Hai, takkan la benda simple ni pun ko tak faham. Senang je la. Kacang tu."
Si A : "Sebab aku tak tahula aku tanya ko. (Adeh)"
Si B : "Benda ni ko tengok jela kan buku tu. Ade je."

Aku pun ucapla terima kasih atas bantuan beliau tu. Sebab aku tak faham la aku rujuk kat kau. Kalo buku tu, dah berkali-kali khatam pun aku tak faham la. 

Sejauh mana golongan pintar yang mahu membangkitkan kaum sendiri kalau dah perangai cam gini. At least, tunjuk la ajar sikit. Ilmu di dada memang la dipekong, tapi janganlah ditakung begitu saja. Tak kongsi ilmu yang telah dipelajari. Apa salahnya kalau ajarkan kepada yang tak seberapa faham. Bukan dapat dosa, malah anda juga dapat pahala, malah jika ilmu yang anda ajari dan org yang ajari itu amalkan, bukan kah itu satu pahala dan kebaikan kepada dirinya sendiri. Kalau macam ni cara, bukan setakat 'down' terus, malah memang down habis kalau mcm ini lah dilayan.

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." Al Kahfi 109


Ilmu Allah infiniti dan kita perlu berkongsi. Janganlah kedekut sangat dengan ilmu yang ada. Berkongsi lebih baik. Jangan bongkak sangatla. Kalau Allah tarik balik anda punya nikmat, baru terasa tinggi rendah langit dan bumi.

p/s : So kepada yang pandai janganlah anda jual ikan sangat la ye. Tak kemana ilmu tu kalau tak disebarkan. :) 

Yeah! Blog-Make-Over~

Akhirnya siap dalam menyelesaikan misi make over blog kawan ku ini. Dengan bertemakan hijau. Kawanku ini gemar dengan hijau dan beliau telah mengambil Kungfu Panda sebagai header. Tema nya ialah Kungfu Panda and Bamboo. Majoriti banyak warna hijau la. Tapi simple je mengikut kehendak si empunya blog.

Tema header yang telah difikirkan

"Dumb And Dumber"


Tak sempat nak print screen untuk sebelum dan selepas edit. 

Makeover secara keseluruhan, jomla serbu ke blog empunya 


p/s : Klik header untuk ke blog kawanku ini

A R G H H! Annoying Man In Bus!!!

Assalamualaikum~

 Ini entri lama sangat2. Entri masa ku berblogging mula2. Saja nak republish balik untuk korang baca pgalamanku dalam bas dan mbuatkan fobia smpai sekarang.



Argghh!! Tension betul layan laki x seberapa tu. Bajet bagus dan hensem konon. Oh!! Pleasela. Cermin diri dulu ok?. Kalo nak hina aku pun tgkla dulu. Ko ingat ko sape? Menteri besar? Manager Red and Yellow bus? . Rasenye laki ni yg putus wayar rasenye. Geram2. But dalam hati. Hanye Tuhan je tahu.

Barisan saksi : Syarafina, Nasyririn.

Mangsa : Aku

Identiti Penjahat : Gelap2, Indian-looking, serabai, rambut pnjg yang direbondingkan (x cantik lgsg), bmisai, Tinggi dlm 1.7m dan perokok tegar.

Stori nye cam ni. Masa on the way nak ke Taiping. Dari mana tah. Tibe2 ade laki yg aneh. Terasa kepelikan dan x sedap hati at all. Syara pun rase camtu. Memang sgt pelik karakter dy. First2 dy duk depan Ina. N then blakang ak n syara. Pastu duk depan plak. Dy asyik pandang belakang je. Aku buat x taw je. Berpura2 tidur padahal dalam hati bercelaru dan sgt2 takut. Nasib baik dy turun kat changkat jering je. Im safe now. Opss. Bukan berhenti di sini.

Now, Im continue my journey ( thats mean on the way balik umah la). Bas bhenti di Changkat Jering tersebut. Then aku nampak; Haa??? Laki giler tu lagi. OMG! Takutnyer. Serius meremang bulu roma. He stared at me seriously? What?? Nak wat ape ni? Kebuntuan. But ak cume memandang ke arah tingkap sambil mgendahkan laki tersebut. Aku just bdoa janganlah dy buat something yg buruk. Ingatkan dy fed up ngn ak. Last2 dy duk blakang pulak sambil hisap rokok. Arghhh! Busuknye.

Mamat tu mula mgacau dengan mberi salam kepadaku. Assalamualaikum. Ak x jawab face to face ngn dy. Yela orang bgtaw jgn ckp ngn stranger. Memang x terjawabla. Aku terus tutup hidung. Busuk nye! Then dy ckap. Nape tutup hidung? Sibuk jela. Its not your bussiness ok?
He mumble to me. Tibe2 ak tengking kat dy. Ko pehal? Sibuk je. Mamat tu terus marah aku. Aik org bg salam elok2 ko jwb grg2. Yela sapela suke kene kacau kan? Memang naik anginla aku. Then dy terus mbebel mgisahkan khidupannya yang kehilangan parent. Dy hina ak mcm ni ke budak pndai, baik mati je, korek kubur sendiri, tanam sendiriFaham?? Haa?? How rude this boy! Dy kate dy budak skola agama, Waa pelik giler, xde adab lgsung dan x betika.

Dy hina ak dy kate harap je Islam tapi x jawab salam ni name KAFIR ! . Haa? He said me kafir. Nauzubillah. So crazy. Jawab dalam hati ok pe. Memang dy perli habis2. Memang kaw punye kate2 dy. Keji sungguh. Aku hanya mdiamkan diri dan menoleh ke arah tingkap. Sedangkan dy ckp semua ni seolah2 berbisik di telingaku. Ya Allah~ Di saat ini memang aku hanya beristigfar byk2, supaya tidak berlaku apa2 ke ats diriku. Nak melawan kata dy or rude, takut2 aku yg kene balik. Yela laki tu pun mcm 3 suku je. Aku terus ignored dy. N biar je dy lepaskan ape yg terbuku kat hati hitam dy tu. Dy kate x suke gaduh2 ngn pmpuan. Ni ape?? Arghhh. Geram2!!!

Nasib baik tmpat yg dy nak bhenti da sampai. Tapi x abis lg taw dgn adegan dy. Taw x ape? Dy bagi tgn dy nak salam ngn aku. Haa? Yulkkss. Geli. Nasib baik time tu ayah tgh call. So I let him go. Dy bengang n then said something ???!!@#$%^% sambil turun bas tu. Aku bsyukur x jadi pape time tu. Lepas dy turun semua org dekat ngn aku utk taye pe kejadian yang berlaku sebenarnya. Sampai kontraktor bas pun interrupt skali. Dy cakap nak tolong. Tapi dy takut laki tu ambik duit yg belambak tu. Haa? Stupid reason. N then Im suddenly crying to make me calm. Sampai sini jela pgalaman yang megerikan dan mbawa makna.

23th June 2010 at 7.45 pm something.


BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom join contest Abg BA ni. 200 blogger diperlukan. Sapa cepat dia dapat. Due time pukul 3 ptg karang. Tapi anda kene tinggalkan sesuatu benda untuk dijadikan soalan. Disebabkan bosan maka, akanku join ini.

Abang Ben, kat sini, saya tak letak tips ke ape. Tapi  saya letak entri saya pasal 



Spontaneous Thursday #4

Seperti biasa hari khamis, akan ada ayat spontan yg keluar dari blogger.


Kepada Harimau Malaya, All The Best Malam Ini. Tunjukkanlah belang anda yang sebenar kepada musuh anda :)


Saya Ada Kembar!

Dari segmen yang telah dianjurkan Cik Najihah kita tu, Segmen Mencari Kembar. Dan paling tak sangka telah ku temui kembar ku dalam segmen tu. Seronok siap sama tarikh dan juga tahun. Dan paling yang tak sangka, kembarku ini, pula memang ade kembar. So kami bertiga memang kembar la. Seronok dapat berkongsi tarikh lahir yang sama pada tahun yang sama juga,

Kami berkongsi nombor yang sama.

7 JANUARI 1991

Tapi yang membedakan kami adalah detik kami keluar dari perut ibu masing2. Inilah blog2 kembarku. 

Sarah


Hajar

Tengok, header pun same. Korang memang sweet la. Kembar berblogging.

 p/s : next time boleh la kite celebrate sama2 ye. :) Suke jumpe kembar. JOm ramai2 kita terjah blog mereka dgn klik header.

Cool Video Sempena Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum~

Gabungan mantop antara Anwar Hadi dan Aiman Azlan.


Penuh dengan mesej dan pengajaran kita semua. Check it out~

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Santai Bersama BEN ASHAARI 

Dah lama x join segmen Abang BA. Jom kritik blog ku. Nak tahu sejauh mana kurang blog ini. :)

Iklan Percuma Selama 5 Jam.


Exchange banner di sini. First come first serve. 5 Jam sahaja secara percuma di sini. Kat atas tu. 6 ruangan kotak. :)

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

Kembar? Adakah anda atau pun saya mempunyai kembar? Ha. Nak cari tak kembar anda? Kembar di sini bermaksud yang mempunyai tarikh lahir yang sama. Oleh itu, gua mau join ini cik najihah punya segmen. Manalah tahu jumpa kembar. :)


Tarikh Lahir : 7 Januari

Kisah Roti Dan Kek - PART 2

Sebelum ini kisah Part 1. Sekarang kita sambung cerita di hari kedua aku berkursus. Hari ini sesi paling best dan yang dinanti-nantikan. Belajar cara membuat kek dan biskut. Tapi hari ini mood macam tak berapa ada je nak belajar sebab mengantuk punya pasal.  So. kali ini banyak gmbar je la. Tapi tak banyak pun. Sekadar hanya kenangan yang indah untuk dikenangi.

Tahu tak apa yang belajar hari ini.

 Kek Lapis Sarawak (Puncak Kaseh) 

Testimoni : Serius sedap dan puas hati dgn hasil tangan sendiri. Paling payah sekali dalam pemprosesannya. Sebab tula kek ni mahal jual. Renyah woo.

 American Cheese Cake 

Testimoni : Sedap. Memang macam secret recipe la. Payah jug muji enga buat kek ni. Bab ni memang menguji kesabaran.

 Chocolate Mousse 

Testimoni : First dgr, aku pun tak tahu ape benda ni. Cara buat macam buat dadih je. Sekali rase, fulamak, sedaaap sangat. Tahu tak yang antara lapisan secret recipe, chocolate indulgence yang mcm aiskerim tu. Ha, yang inilah nama dia. Impress sungguh :)

 Tart Nenas

Simple and seronok. Bila makan kuih ni, mak aih susah benor nak buat. Bila buat senang je. Tapi aku tak berapa sukala tart ni.

Sorila gambar besar2. Baru puas. :)
Ini adunan yang telah dibahagikan kepada 3 untuk membuat lapisan Kek Lapis Sarawak. Memang menguji kesabaran. Bayangkanlah setiap layer kene tunggu dalam masa 10 minit. Kalo 10 lapis?

Time ni bila satu lapis dah siap dibakar. Kita akan letak layer lain. But time ni, kita akan bagi pressure sikit terhadap layer tersebut untuk merapatkan ukhuwah antara ahli kek. *merapu



Chocolate Mousse yang telah siap digaulkan dan tuang ke dalam bekas untuk dimasukkan dalam chiller. *tak payah bakar pun. Simple je.


Inilah Kek Lapis Sarawak kami. Cantik kan2?

Ini pula Cheese Cake kami. Yang bawah tu biskut marie layer.

Barisan yang menjayakan kursus. Yang ats meja tu semua hasil tangan kami bersama-sama.

Cream Puff yang Part 1 tak siap yang telah di make up dan memang delicious.

Pemprosesan membuat tart nenas. Cara menggulung tart tersebut.

Kasi make up ni sama tart bagi molek sikit.

Pic kenangan bersama kami. Yang berbaju putih tu adalah tenaga pengajar kami dan mereka adalah husband and wife. Memang terbaik la. Dan akhirnya ada jugak gmbar aku di situ. *ada sinar keimanan di belakang tu :)

p/s : Pengalaman 2 hari ini memang menyeronokkan dan beri banyak pengetahuan. Thanks for these great time :)

Kisah Roti Dan Kek - PART 1

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, petang tadi telah berjaya menghabiskan satu sesi berkursus kelas memasak bakery. Secara officially kek dan roti. Sampai dalam area pukul 10, actually dah lmbt satu jam, so tertinggal brapa steps untuk buat roti. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan, Tapi overall kebanyakan golongan tua a.k.a golongn makcik-makcik. Yang golongan belia ni adalah dalam 4 orang je termasuk diri ku.

Kami diajar bagaimana untuk meng'uli'kan doh dengan cara yang betul. Cara dia memang menguji tangan betul la.

Jari kelingking dan ibu jari ditetapkan atas permukaan rata, doh itu make sure berada di tengah2 jari tersebut, pastu uli2 kan nya. Jadilah bentuk bulat yang sempurna.

K. Malas nak tulis panjang2. 5 benda yang telah diajar sepanjang hari ini.

Kami diajar membuat


Sweet Bun
Raisin Bun
Sausage Bun - Spring type
Sausage Bun - Dandan type
Cream Puff

Gambar2 sepanjang sesi kelas memasak. Banyak benda yang dapat pelajari dan bolehla buat bisnes lepas ni. #otakbisnes.

time ni beriye tonyok2 nak bagi bentukkan 

haa..ni pun sama

Time ni letakkan kuning telur dan mix vege

Creampuff yang telah pun siap

Mesin untuk meneramkan yis untuk doh jadi kembang dan naik

Make up kan lagi sausage bun bagi molek sikit
Jenis-jenis sausage bun

Haa. inilah rupa hasil kerja kami. Cantik tak?


Geng2 makcik yg sangat kecoh yang mbuatkan suasana lagi meriah :)

p/s : Sangat seronok dan dapat ilmu. Wait for PART 2. Tak sabar nk tggu PART 2.