Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah lama tidak berentri di blog ni kan..Ada sesiapa rindu tak? Mestila takda kan. Bangun pagi ini banyak manfaat dan berkat? Betul ke? Memang betul pun. Oleh itu, selepas subuh janganlah tidur balik. *peringatan untuk diri sendiri. Bukan apa, kalau bangun awal ini, insyaAllah, Allah akan murahkan rezeki kita.
Matahari yang bergerak naik di pagi hari juga sebuah pertanda bagaimana Allah mengatur pergerakan alam agar selaras dengan kehidupan hambanya. Semburat sinar matahari merupakan ajakan untuk bergiat di pagi hari. Kicauan burung juga merupakan nyanyian untuk mengiringi para pencari rezeki di pagi hari. Sayang di kat kolej tak ada kokok ayam. Seandainya ada, sungguh suara-suara di pagi hari akan lebih ceria.
“Tidak ada satu makhluk melatapun di muka bumi kecuali Allah yang menanggung rezekinya, dan Dia yang mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)” (Huud : 6)
Maka di pagi hari ini, lakukan aktiviti yang berfaedah
- Melakukan jogging @ exercise - 30 minit sesi boleh menyihatkan badan anda
- Ambil makanan pagi a.k.a breakfast
- Kemas bilik - menyapu, mop atau apapun aktiviti manfaat
- Mengulangkaji pelajaran - waktu pagi ini, otak kita akan lebih fresh dan banyak oksigen di pagi hari
Eh ape lagi? Banyak la jugak. Masing2 ada hal tsendiri untuk manfaatkan pagi mereka.
Kalau kesempatan, jom melakukan solat dhuha. Banyak manfaat juga. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. SINI *for details
Doa dhuha
Selamat beramal. Hehe
6 Cakap Saya Jadi Engineer:
wah! rajinnya Aimi.. baguih2.. ;)
MySuaraBlog: Contest Daniel Adie : SISPA
@ZWAN SABRI hihi. baguih pagi2 mcam ni kan. tapi kdg2 liat gak
hmm..sjk duk uni ni da kurg actvti pagi..klo xde kls pagi mmg tdo lps subuh..
@ShahzCudin agakla. kalau weekend skrg kat u try bgun pagi dan tak tidor. but kuliah biase mmg start kul 8. so takde chance la
alhamdulillahhh
sgt suke entri nii
barakah sungguh =]
@aimie amalina THANKS aimi. entri utk mgingtkan diri sendiri dan semua. :)
Post a Comment