Suprising Morning!

Fotos del muro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Macam nak berucap pulak kan. Semalam stay up untuk menyiapkan tugasan2 yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. 
Pagi ini terlambat bangun dan menyebabkan segala schedule yang telah dirancangkan terbantut. Dan selepas je mandi. Telefon bimbitku berbunyi. Dan ku melihat di screen my pinky corby. 

"Unknown" diverting call......

Tanpa siasat latar belakang call dari sape, padehal dah tau unknown, aku pun angkat dengan mamai nya.



Me : "Hello."
Unknown : 'Hello, Adakah ini pemegang number 013....' (bongek la kau mmg ye la, takkan la dpt call aku)
Me: 'Yup. Kenapa ya?' 
Unknown : 'Saya dari wakil syarikat Power Root telah membuat lucky draw yang telah dilakukan sempena ulang tahun Power Root yang ke-30 dan kami telah menacabut pengguna number celcom, maxis dan digi. Dan anda pemenang bertuah dan anda telah memenangi RM5000.
'Me : 'What?' (Tak percaya dan seronok dapat duit banyak tu wey)
Unknown : ' Yup. Anda telah menang luckydraw kami'Me : " It is true or what..."
Unknown : ' Ni betul. Saya boleh bagi nama saya dan number IC. Anda boleh buat laporan polis mengenai hal ini jika benda ni palse'
Me : 'Can I got ur IC and number?' (beriya aku salin tau. Ntah2 kene tipu 100%)





Selepas tu, beriya dia tanya aku pemegang kad ATM ape dan bagai. Kat mana ATM service yang terdekat. Aku pun layan jela. Tapi memang aku layan macam ape je. 

Yang pelik kan...

Dia suruh guna ATM card pastu suruh masuk pin number yang dia bagi. ******. Agak musykil di situ. Apekah tersirat dan tersurat di sebalik perkara ini. Dah lama cara percakapan nya seakan-akan Indonesia. Serius dalam hati ni, aku nak tergiang-ngiang adekah ini call yang menyantau atau...

Sampai satu tahap dia tak tahan dengan aku, dia suruh aku pegi ATM sekarang juga. Kau ingat ATM tu dekat ke? *dekat je sebenarnya. tapi malas.  Dia suruh aku buat apa yang dia suruh tadi. Memang menakutkan. Sampai sekarang dah pikir macam-macam. 

Tak ke pelik. Dah la tak penah minum atau beli produk Power Root or Kacip Fatimah. Tapi tibe2 boleh tersenarai dalam lucky draw. Dah la aku ni bukan bertuah pun. 

Agak-agak korang kan? Ada tak antara pembaca entri terjadi benda yang sama? Komen dan beri pandangan mengenai kejadian yang sangat mnakutkan. Hanya iringan doa membuatkan aku lebih tabah atas kejadian ini. Seriau aku! T.T



25 Oktober 2011- 10.09 pagi

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

15 Cakap Saya Jadi Engineer:

Anonymous said...

dia tipu kot.. hehehe

Rosalia said...

ish2.menipu je smua tu.

Brocade Blue said...

haha dont layan these scammers

aamalinaazman said...

oohhhh
sgt menakotkan fiq
emmmmm
better x yah caye pon x pe..bukn ape.isau skrg ni mcm2 jek kang...
ish2..isau pulak sy dgn kamu..huhuhu

Nasz said...

tipu je tu. tak payah percaya. xpayah layan.

INNANIE ARIFFIN said...

Ni kompem tipu oooo... firstly, kalau btl kta pemenang, organizer mesti tau details kta. lagi satu, mestilah kta penah join contest apa bagai tu. jgn percaya. ni mesti trap. once u masuk pin no tu, dia akan dapat ekses to ur account. buat laporan polis sbg pencegahan awal. simpan no fon tu...

Aimifiqa said...

@era kecik tapi cara pcakapan semua macam ye. tapi nasib baik jenis keras hati dan buat tak tahu je. smpai org tu fed up.

Aimifiqa said...

@Rosalia kalau nak tipu pun. nape mesti number saya. mne ntah dpt no tu. serius takut

Aimifiqa said...

@Brocade Blue Never believe SCAM

Aimifiqa said...

@aimie amalina yup. sy mmg sgt takut tadi. mmg rasa nak nangis. takut kalau sy kene santau ke ape kan. but dalam hati ni mmg byk bdoa mge jauhkan dari perkara yg buruk.

Aimifiqa said...

@NasZ mmg myesal angkat. sbb ingt emergency call ke ape.

Aimifiqa said...

@Innanie | Ariffin akak.. tapi kan dia siap kasi mmg real number IC dan nama penuh. tapi tak tahu real one or faker. mmg pelik sgt. nasib baik x buat ape yg dia suruh. kalau tak..tak tahula, serius luluh jantung gak. tak tahu la. but no fon tu private. kalau tak dah lame report polis. siap ayat dia, kalau cik tak caya, cik boleh report dekat polis. T.T

Alif Haris said...

misteri betul orag tu.. hati2.. kdg2 tu antara cara pukau..

Aimifiqa said...

@alif haris itula pasal. sgt menakutkan. risau kalau kena pukau. mmg mintak jauh la.

honeybee said...

Saya baru je terima panggilan yg sama...saya pun x pernah beli produk ni...dah agak dah menipu...tp layan je nak tgk kelentong dia mcm mne...bunyi suara pon mmg bukan org msia, bunyi indo...last2 sy cakap terima kasih je lah encik buat ssh je menipu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...