Moist Cake~ Yummy!

Hmm. Sedapnye tengok kek coklat moist atas ni. Lapar la pulak smbil nk post ni. Oh! Actually ini dari permintaan sorang rakan Cik Haiza, sje2 nak cube resepi mak saya ni. Mmg sedap. Nak cube? Ni resepi dy.

BAHAN A

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

BAHAN B

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN C

3 biji telur


HIASAN TOPPING

250g coklat masakan
1 sudu besar marjerin
130ml double/whipping cream
gula halus secukup rasa


PROCEDURE :

1. Masuk semua BAHAN A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan.

2.Putar BAHAN C hingga kembang, masukkan dalam BAHAN A dan kaup balikkan hingga rata.

3. Tepung gandu,, soda bikarbonat dan serbuk penaik dicampur dan diayak bersama, kemudian masukkan dalam BAHAN A + C tadi sedikit demi sedikit

4. Masukkan adunan di dalam acuan kek@loyang yang dilapiskan dengan keranjang aluminium dan kukus selama 45-60 minit mgikut acuan.


CARA MASAK TOPPING :

1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler

2. Alihkan dari api dan masukkan marjerin, gula & krim kemudian gaulkan sehingga sebati.

3. Curahkan atas kek kemudian ratakan


Done! Da siap kek kita~ Selamat Mencuba!

Thanks for reading. Easily to drop comment here. Like also :)

7 Cakap Saya Jadi Engineer:

tHesmUff said...

wahhh aimi..apa lagi..nanti naik kelas.apa lagi wat untuk kitaorang auuu..hihihi

aqeyLs said...

sedapnye3!

‎(─‿‿─)

ZWAN SABRI said...

Aiseyh nampak cam sedap jer..
leyh x u bwat and pos kan kat umah i?
boleyhla, boleyhla..
HEHE

Aimifiqa said...

@ amir : selalunye ak bwak je stiap kali cuti. tapi mesti abis mlam tu jgak. haha. tryla masak amir. =P

@zwan: ha? boleh2. nnt smpai2 je kat umah u da bkulat. xpun posmen yg mkn. hehe. rumah jauh sgt. =P

chenta said...

i tak boleh buat kek bakar or kukus./..failed!hehehe

Aimifiqa said...

@centa: nape2?

atie said...

boleh try nie. menarik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...