"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Alhamdulillah, Ramadan kini kembali lagi dengan suasana yang baru dan bahagia sebab kita dapat bertemu dengannya. Ramadhan yang dirindui dan disayangi. Masing-masing mesti sudah persiapkan diri untuk melakukan ibadah puasa untuk mendapat barakah dan ganjaran pahala yang tak terhingga di bulan yang penuh mulia ini.
Tapi kita mestilah ikhlas dalam melakukan ibadah puasa. Bukan sahaja, seronok untuk menanti juadah-juadah yang akan dijual di bazaar ramadan. Maklumla, bila time ni banyak makanan akan dijual dan nafsu beli makanan memang tinggi. Padahal, bila berbuka puasa, sentuh sedikit je. Membazir je makanan. Ghairah menanti moreh2 yang akan dihidangkan di surau dan masjid. Pasal makanan je semua serbu kan. Asal bulan puasa je, terlintas makanan yang sangat banyak. Opss. bhenti di situ, Jika inilah, maka betulkanlah niat anda.
Untuk mendapat kemanisan ramadhan, kita perlulah....
1. Menjaga perkara wajib dan fardhu.
2. Banyakkan amalan sunat.
3. Jaga dirimu dari perbuatan haram
4. Elakkan daripada perkara makhruh.
5. Ringankanlah mulut dengan zikrullah.
6. Memperbanyakkan amal ibadah.
Moga kite beroleh barakah dan kemanisan ramadhan nanti. Moge ramadhan kali ini membawa 1001 makna kepada diri kita untuk memperbaiki amalan kita di bulan penuh barakah ini.
Tahun ini, paling bahagia dapat sambut di rumah selama 30 hari. Maklumla sebelum ini banyak diluangkan dalam sekolah dan universiti. Bersyukur sangat dan rasa seronok untuk berpuasa sebab dapat puasa bersama-sama famili.
Nota kaki : Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak. Dan beroleh syafaat dan membawa 1001 makna kepada kita.
11 Cakap Saya Jadi Engineer:
selamat menyambut ramadhan jugak =)
slamat bpuase ;D
salam ramadhan untuk fiqa.. selamat berpuasa ^__^
selamat berpuasa fiqaaa ^^ - fiqah khairuddin
selamat berpuasa esok :)
banyak kan mala ..kurag kan bnde2 lagho hehe
slmt berpuasa!!..:P
Salam Ramadhan untuk kamu juge yea dr kisahkami dibumi Nz^___^
selamat ramadhan semua :)
semoga ramadhan thn ni kita mendapat pahala yg baik dgn melakukan perkara2 wajib dan sunat. :)
@Abang Stalker btul tu. setuju2~ :)
salam romadon
Post a Comment